Friday, December 30, 2011

MENANG PERADUAN ESTEE LAUDER

Alhamdulillah sungguh tidak disangka penyertaan disaat akhir peraduan padan & menang Estee Lauder anjuran murai.com terpilih sebagai salah seorang pemenang. Estee Lauder memang jenama product cosmetic yang paling aku minati terutama wangiannya.....hmmmm.

Pemenang Set Estee Lauder Bernilai RM1920

KUALA LUMPUR, 16 DISEMBER 2011: Peraduan Padan & Menang Estee Lauder @ Murai yang bermula 5 hingga 29 November telah pun tamat. Kini pihak Murai.com.my berbesar hati memilih lima peserta sebagai pemenangnya.

Peraduan Padan & Menang Estee Lauder @ Murai memerlukan peserta memadankan produk Estee Lauder dengan nama yang betul serta mengisi ruangan yang disediakan dengan slogan paling kreatif.

Setiap seorang dari lima pemenang ini telah memenangi set Blockbuster Makeup Collection bernilai RM1,920 setiap satu, tajaan Estee Lauder.
Berikut adalah 5 pemenang bertuah

1. Nama: Pok Phui Yee
Slogan: Kejelitaan adalah hak milik setiap wanita kerana setiap insan yang dilahirkan didunia ini mempunyai kecantikan yang tersendiri dan ia terpulang kepada seseorang bagaimana untuk mencantikkan dirinya.

2. Nama: Maliza Hj Hamdan
Slogan: Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan bagaikan emas dan permata, wanita anggun bergaya seiring bersama Blockbuster Makeup Collection Estee Lauder.

3. Nama: Nurul Pateha Bte. Idris
Slogan: Bukan sekadar menjadikan mereka istimewa, sempurna dari hujung kaki ke hujung kepala, kejelitaan menerangi segalanya, bagaikan cahaya bagi seorang wanita.

4. Nama: Mayaliza Mahfudz
Slogan: Setiap wanita dianugerahi kejelitaan yang unik dan tersendiri,namun kejelitaan dalaman adalah kejelitaan yang hakiki.

5. Nama: Siti Aun Bokari
Slogan: Ianya mencerminkan keperibadian seorang wanita. Lahirnya produk kecantikkan dan wangian Estee Lauder menambahkan keyakinan seseorang wanita. Estee Lauder inspirasi wanita.

Para pemenang akan dihubungi oleh pihak mura.com.my untuk tujuan pengambilan hadiah. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

No comments: