Monday, August 15, 2011

SALAM RAMADHAN

Salam Ramandhan yg ke 15....... dah lama xupdate blog. Pejam celik sekjap je dah sampai 15 hari kita berpuasa xlama lagi dah nak sambut Raya....

Alhamdulillah anak2 pun dpt mengerjakan ibadah puasa tahun ini dgn lancar. Pada minggu  kedua puasa, hari sabtu(13hb Ogos) dpt juga pulang ke kampung berbuka bersama ibu tercinta. Pagi minggu bersama ibu dgn sis anie gi pasar minggu di bandar Raub cari lauk pauk utk dimasak sebelum pulang ke KL. After masak dalam pukul 3.40pm kami sekeluarga plg semula ke KL untuk menghantar anak sulung ku ke Asrama. Sampai ke SBPI Gombak pukul 5.30pm. Selepas menghatar kakak ke asrama,  aku terus drive ke Klinik Mediviron kat Wangsa Walk bawa baby Dina yang demam. Kesian Qasdina baru lps demam last week, now demam semula.
Sampai rumah dah hampir pukul 7.00pm so bersiap untuk berbuka dengan jaudah yang dibawa dari kampung.

Dalam pukul 9.00 pm demam Qasdina pun dah kebah. satu hari Qasdina asyik tidur je xlarat demam tak kebah - kebah selepas mkn ubat dari klinik mediviron baru ok. Bila dah sihat sikit  mulalah dia berjaga hingga pukul 1 pagi sebab siang dah puas tidur terpaksalah melayan kerenah dia walaupun mengantuk sgt.

Tersedar jam 5.00 pagi untuk bersahur terasa badan Qasdina panas semula, terus masukkan ubat demam dan spanging badan dan kepala dgn air. Kesian anak mama demam semula, waktu htr kerumah baby sister pagi ni badan dina masih panas. Harap selepas mkn ubat nanti dia ok semula.

Tuesday, April 12, 2011

BERSANTIA BERSAMA ANAK2

100411- Macam biasa setiap hari Sabtu dan Ahad telah menjadi rutin hidupku melawat anak sulungku diasrama. Nasib baik dapat asrama dekat senanglah mama nak jenguk kakak. selepas makan - makan sempat pulak Qasdina nak bergambar dengan kakak dan abangnya. Rindu betul Dina dekat kakaknya sampai tersalah orang dia peluk....hihihi. Lain kali tengok betul- betul baby.....
Dina dahaga nak minum susu jap ya.....
Ok dina letak botol dulu......
Wah! silang panggung nampak....
Rindu kakak dina....
1....2....3.... ready....
kakak buat apa tu kat Dina.......

cantik tak kuku Dina nie......emmmm

Birthday Acu

 100411 - Hari Ahad bersamaan dengan Birthday adikku Baby Atie dah besar rupanya 23th.....happy birthday to u.....happy birthday to Acu semoga  panjang umur ,murah rezeki dan berjaya dalam memperolehi apa yang diimpikan.....
Acu with me.....
HAPPY! BIRTHDAY ACU BABY......dah xblh panggil baby ni

CERIA DI PAGI JUMAAT

 080411 - Pagi Jumaat yang ceria buat Qasdina. Amboi ! goodnya mood anak mama nie siap pakai baju kurung dan tudung sekali..... berapa lamalah baby mama ni tahan pakai tudung.

Nak gi mana Ustazah nie?
Baju, tudung, beg semua hijau ya....
Dina tayang gigi ya...
Dina dah tutup gigi mama....

Monday, March 28, 2011

SABTU & AHAD YG BZ......

Sabtu dan Ahad adalah hari yang paling bz dalam hidupku....... Nasib baik minggu ni hubbyku pulang so bolehlah gi pasar tani bersama- sama beli sayur dan lauk pauk untuk di masak  dan mkn bersama anak sulungku di asramanya. Pagi Ahad pulak ada mesuarat PIBG  SBPI Gomabak yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Plejaran Malaysia. Selepas makan tengah hari balik rumah sekejap sediakan pakaian sekolah kakak dan barang yang dipesan untuk dibawa ke asrama. Nasib ada Ateh bloleh tolong gosok baju sekolah. Tq Ateh.... Nielah gambar suami dan anak - anakku waktu berkelah diwaktu petang dipadang sekolah kakak. Ramai betul ibubapa yang datang zairah anak - anak di asrama.
Adik dapat kawan main bola....
Adik pun nak masuk sekolah sini jgk ke??? Insyaallah belajar rajin - rajin ye...
Adik dengan kakak
kakak dengan Dina....apasal masuk jari dlm mulut tu....
Kakak dengan papa.....manjanya dia kata baby Dina.....
amboi! malu - malulah pulak baby nie....hihihi