Friday, December 30, 2011

MENANG PERADUAN ESTEE LAUDER

Alhamdulillah sungguh tidak disangka penyertaan disaat akhir peraduan padan & menang Estee Lauder anjuran murai.com terpilih sebagai salah seorang pemenang. Estee Lauder memang jenama product cosmetic yang paling aku minati terutama wangiannya.....hmmmm.

Pemenang Set Estee Lauder Bernilai RM1920

KUALA LUMPUR, 16 DISEMBER 2011: Peraduan Padan & Menang Estee Lauder @ Murai yang bermula 5 hingga 29 November telah pun tamat. Kini pihak Murai.com.my berbesar hati memilih lima peserta sebagai pemenangnya.

Peraduan Padan & Menang Estee Lauder @ Murai memerlukan peserta memadankan produk Estee Lauder dengan nama yang betul serta mengisi ruangan yang disediakan dengan slogan paling kreatif.

Setiap seorang dari lima pemenang ini telah memenangi set Blockbuster Makeup Collection bernilai RM1,920 setiap satu, tajaan Estee Lauder.
Berikut adalah 5 pemenang bertuah

1. Nama: Pok Phui Yee
Slogan: Kejelitaan adalah hak milik setiap wanita kerana setiap insan yang dilahirkan didunia ini mempunyai kecantikan yang tersendiri dan ia terpulang kepada seseorang bagaimana untuk mencantikkan dirinya.

2. Nama: Maliza Hj Hamdan
Slogan: Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan bagaikan emas dan permata, wanita anggun bergaya seiring bersama Blockbuster Makeup Collection Estee Lauder.

3. Nama: Nurul Pateha Bte. Idris
Slogan: Bukan sekadar menjadikan mereka istimewa, sempurna dari hujung kaki ke hujung kepala, kejelitaan menerangi segalanya, bagaikan cahaya bagi seorang wanita.

4. Nama: Mayaliza Mahfudz
Slogan: Setiap wanita dianugerahi kejelitaan yang unik dan tersendiri,namun kejelitaan dalaman adalah kejelitaan yang hakiki.

5. Nama: Siti Aun Bokari
Slogan: Ianya mencerminkan keperibadian seorang wanita. Lahirnya produk kecantikkan dan wangian Estee Lauder menambahkan keyakinan seseorang wanita. Estee Lauder inspirasi wanita.

Para pemenang akan dihubungi oleh pihak mura.com.my untuk tujuan pengambilan hadiah. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Monday, December 12, 2011

Register Kat Brainy Bunch Islamic Montessori

Akhirnya pencarian beberapa tadika untuk my little princes Qasdina telah pun ditemui.....
Rupanya register untuk murid tadika telah dibuka sejak pertengahan tahun. Seperti tadika Amal Hidayah & Aulad Genius semua telah penuh so nama anakku dlm waiting list.....mcm naik flightlah plk.....
Nasib baik waktu balik kerja ternampak banner tentang pembukaan cawangan dekat Wangsa Maju. Apa lagi terus call and make appointment. Masa first jumpa tempat tengah renovation so booking first nanti dia call bila semua dah siap.

Alhamdulillah..... pada hari sabtu yang lalu Dina telah didaftarkan di BBI Montessori dekat Wangsamaju. Pada hari Sabtu jugak diadakan information day oleh BBIM Wangsa Maju. Ramai juga parents yang datang untuk mendapat info yang lebih lanjut tentang BBIM.

Parents yang sedang mendengar penerangan dari BBIM

Qasdina mula rasa malu dan segan

lepas tu terus leka ajak abangnya bermain sekali

Dina bersama sebahagian anak - anak yang datang

Mcm parents plk nak msk tadika
Ini adalah Fess untuk tahun 2012. For Dina ambil Full Day....

Program yang disediakan..................

Friday, December 9, 2011

TAZKIRAH - PAGI JUMAAT

Kasihi, selalu dekati anak

ANAK-anak adalah permata paling berharga setiap pasangan. Mereka menjadi pelengkap kepada kebahagiaan yang dikecapi ibu bapa di dunia ini.
Ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak mereka menjadi insan soleh dan solehah. Paling penting, anak perlu dilatih bersolat, dilatih mencium tangan serta memeluk dengan penuh kasih dan sayang.

Jika anak bijak dan sering memenangi pertandingan di sekolah, jangan lupa ucapkan tahniah, peluk dan cium mereka tanda penghargaan. Ketika usia mereka mencapai 14 hingga 21 tahun, jadikan mereka kawan.

Jangan pula pada usia begini ibu bapa mula merenggangkan hubungan dengan anak-anak hingga mereka menjadi anak derhaka. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Berguraulah dengan anak kamu ketika usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Selepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran).”


Ibu bapa mungkin mempunyai alasan tidak rapat dengan anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain iaitu apabila pulang di tengah malam, anak-anak sudahpun tidur, kita boleh pergi bilik dan mencium dahi mereka.

Walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup. Jangan tunjuk sikap panas baran dan pemarah kepada mereka. Jangan sesekali mengherdik mereka dengan perkataan negatif seperti kurang ajar, bodoh atau dengan sumpah seranah kerana ia boleh jadi doa buat mereka.

Orang tua biasanya, pantang sungguh apabila anak menegur kesalahan. Jangan berasa tercabar kerana bisa ular tidak hilang walaupun menyusur akar.

Saidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima.
Begitu juga dengan Rasulullah s.a.w, kalau berjumpa anak kecil, baginda hormat dan sayang.

Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai.

Sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak dan kalau menegur pun dengan herdikan.

Anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, apabila jumpa kawan baik tidak mengapa. Jika Allah menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat.

Tetapi apa caranya jika orang tua sudah meninggal tetapi ketika hidupnya kita derhaka? Apabila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah dan bacakan ayat suci untuknya.

Jumpa semula kawan atau jiran dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu reda dan Allah ampunkan dosa mereka.

Allah Maha Pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup pasti tidak tenteram.

Justeru, pertama, pastikan hubungan kita dengan Allah adalah baik kemudian turun pula ke peringkat kedua iaitu hubungan dengan ibu. Pastikan hubungan dengan ibu sentiasa harmoni dan lancar.

Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, Nabi s.a.w suruh utamakan ibu.

Sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biarlah sama supaya kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan.

Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka, kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.

Begitu juga dengan keluarga mentua. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkan serta menjaga mereka juga? Tidak dinafikan, ada menantu yang berkecil hati dan memendam perasaan terhadap mentuanya.

Bersabarlah dan teruskan hubungan baik dengan mereka. Kewajipan anak lelaki pertama sekali kepada Allah, kedua kepada Rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri.

Isteri kena faham, kalau suaminya sayang dan melebihkan ibu bapanya, itu memang wajar. Bagi anak perempuan pula keutamaan pertama adalah kepada Allah, kedua Rasul dan ketiga suami.

Justeru, jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.

Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail a.s. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah.

Isterinya pun tidak kenal mentuanya. Menantunya bersikap kasar menyebabkan Nabi Ibrahim berkecil hati. Sebelum pulang dia berpesan kepada menantunya, menyuruh suaminya supaya menukar alang rumah kepada yang baru.

Apabila Nabi Ismail pulang, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki itu, menyampaikan pesan kepada suaminya itu. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.

Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, yang isterinya bukan daripada kalangan wanita berakhlak, lalu diceraikan.

Monday, December 5, 2011

BOWLING WITH FAMILY

Lamanya xupdated blog.....
Mulakan dengan aktiviti cuti sekolah hujung minggu yang lalu dan baru berlalu.....

2 Sabtu berturut - turut bawak anak2ku bermain bowling, bila si Izzat Afiq dah ketagih nak main bowling...
Ini minggu pertama cuti sekolah di Bowling Wangsawalk......

Baby Qasdina xblh main sebab bola berat.......kesian dia jari kena sepit dengan bola bowling.....huhhuhu
Adiq Izzat selepas membuat lontaran......go! Adiq go!....

Baby Dina with papa......nanti papa ajar Dina ya......

03/12/11 - Ampang superbowl kat Famingo......kat sini xramai orang so blh main dengan tenang dan santai bersama family..... tapi kesian baby Dina demam pulak tapi dia kuat semangatkan......
mama ambil gambar Dina dengan papa.......

Izzat Afiq sempat berposing sebelum memulakan lontarannya.....
 Bersama puteri sulungku Adiq Izzati xada mood nak main bowling....

Kakak nak baca bukulah papa.....
sejak bila kakak suka liverpool ni???? Adik  n Dina tolong jawap......hihihihi