Monday, August 15, 2011

SALAM RAMADHAN

Salam Ramandhan yg ke 15....... dah lama xupdate blog. Pejam celik sekjap je dah sampai 15 hari kita berpuasa xlama lagi dah nak sambut Raya....

Alhamdulillah anak2 pun dpt mengerjakan ibadah puasa tahun ini dgn lancar. Pada minggu  kedua puasa, hari sabtu(13hb Ogos) dpt juga pulang ke kampung berbuka bersama ibu tercinta. Pagi minggu bersama ibu dgn sis anie gi pasar minggu di bandar Raub cari lauk pauk utk dimasak sebelum pulang ke KL. After masak dalam pukul 3.40pm kami sekeluarga plg semula ke KL untuk menghantar anak sulung ku ke Asrama. Sampai ke SBPI Gombak pukul 5.30pm. Selepas menghatar kakak ke asrama,  aku terus drive ke Klinik Mediviron kat Wangsa Walk bawa baby Dina yang demam. Kesian Qasdina baru lps demam last week, now demam semula.
Sampai rumah dah hampir pukul 7.00pm so bersiap untuk berbuka dengan jaudah yang dibawa dari kampung.

Dalam pukul 9.00 pm demam Qasdina pun dah kebah. satu hari Qasdina asyik tidur je xlarat demam tak kebah - kebah selepas mkn ubat dari klinik mediviron baru ok. Bila dah sihat sikit  mulalah dia berjaga hingga pukul 1 pagi sebab siang dah puas tidur terpaksalah melayan kerenah dia walaupun mengantuk sgt.

Tersedar jam 5.00 pagi untuk bersahur terasa badan Qasdina panas semula, terus masukkan ubat demam dan spanging badan dan kepala dgn air. Kesian anak mama demam semula, waktu htr kerumah baby sister pagi ni badan dina masih panas. Harap selepas mkn ubat nanti dia ok semula.